Archives
Oleh: Fadzila Azni @ Sukainah At Thahirah Ahmad
Assalamu'alaikum wrh.
Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."
Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa
kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.
Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk
susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia
sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?
Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat
menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.
Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa
seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.
Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam
menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan
larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin.
Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."
Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan
segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.
UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT
DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH
MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.
Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama
sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana
ALLAH.
Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.
Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."
Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.
"Pada suatu hari Uqa'il bin Abi Thalib telah pergi bersama-sama dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada waktu itu Uqa'il telah melihat berita ajaib yang menjadikan tetapi hatinya tetap bertambah kuat di dalam Islam dengan sebab tiga perkara tersebut. Peristiwa pertama adalah, bahawa Rasulullah S.A.W akan mendatangi hajat yakni mebuang air besar dan di hadapannya terdapat beberapa batang pohon. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il, "Hai Uqa'il teruslah engkau berjalan sampai ke pohon itu, dan katalah kepadanya, bahawa sesungguhnya Rasulullah berkata; Agar kamu semua datang kepadanya untuk menjadi aling-aling atau penutup baginya, kerana sesungguhnya baginda akan mengambil air wuduk dan buang air besar. Peristiwa kedua adalah, bahawa Uqa'il berasa haus dan setelah mencari air ke mana pun jua namun tidak ditemui. Maka baginda S.A.W berkata kepada Uqa'il bin Abi Thalib, "Hai Uqa'il, dakilah gunung itu, dan sampaikanlah salamku kepadanya serta katakan, "Jika padamu ada air, berilah aku minum!" Uqa'il lalu pergilah mendaki gunung itu dan berkata kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan baginda itu. Maka sebelum ia selesai berkata, gunung itu berkata dengan fasihnya, "Katakanlah kepada Rasulullah, bahawa aku sejak Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud : ("Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu beserta keluargamu dari (seksa) api neraka yang umpannya dari manusia dan batu)." "Aku menangis dari sebab takut kalau aku menjadi batu itu maka tidak ada lagi air padaku." Peristiwa yang ketiga ialah, bahawa ketika Uqa'il sedang berjalan dengan Nabi, tiba-tiba ada seekor unta yang meloncat dan lari ke hadapan rasulullah, maka unta itu lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku minta perlindungan darimu." Unta masih belum selesai mengadukan halnya, tiba-tiba datanglah dari belakang seorang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus.Melihat orang Arab kampung dengan membawa pedang terhunus. Melihat orang Arab kampung itu, Nabi Muhammad S.A.W berkata, "Hendakl mengapakah kamu terhadap unta itu ?" Jawab orang kampungan itu, "Wahai Rasulullah, aku telah membelinya dengan harta yang mahal, tetapi dia tidak mahu taat atau tidak mau jinak, maka akan kupotong saja dan akan kumanfaatkan dagingnya (kuberikan kepada orang-orang yang memerlukan)." Rasulullah S.A.W bertanya, "Mengapa engkau menderhakai dia ?" Jawab unta itu, "Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak menderhakainya dari satu pekerjaan, akan tetapi aku menderhakainya dari sebab perbuatannya yang buruk.. Kerana kabilah yang dia termasuk di dalam golongannya, sama tidur meninggalkan solat Isya'. Kalau sekiranya dia mahu berjanji kepada engkau akan mengerjakan solat Isay' itu, maka aku berjanji tidak akan menderhakainya lagi. Sebab aku takut kalau Allah menurunkan seksa-Nya kepada mereka sedang aku berada di antara mereka." Akhirnya Nabi Muhammad S.A.W mengambil perjanjian orang Arab kampung itu, bahawa dia tidak akan meninggalkan solat Isya'. Dan baginda Nabi Muhammad S.A.W menyerahan unta itu kepadanya. Dan dia pun kembali kepada keluarganya.
Uqa'il pun keluar dan pergi mendapatkan pohon-pohon itu dan sebelum dia menyelesaikan tugas itu ternyata pohon-pohon suda tumbang dari akarnya serta sudah mengelilingi di sekitar baginda S.A.W selesai dari hajatnya. Maka Uqa'il kembali ke tempat pohon-pohon itu.
Sabda Rasulullah SAW:
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.
Bismillahhirrahmannirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2...Alhamdulliah: pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.
3.
Astagfirrullah: jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.
4.
Insyaallah: jika ingin melakukan
sesuatu pada masa akan datang.
5.
Lahaulawalaquataillahbillah: bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.
6.
Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.
7.
Laailaahaillallah : bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.
amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.
Anda ada dua pilihan sama ada:
1.
biarkan dalam inbox anda tanpa
bermanfaat utk org lain..
2..anda sebarkan @ forwardkan pada
semua kenalan anda.
sabda Rasulluah
siapa yang menyampaikan satu ilmu dan
orang yang mengamalkannya maka dia
akan beroleh pahala walaupun sudah
tiada.
Pelajar Melayu Perempuan Dirasuk, dimana salahnya.
23 08 2008
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku
diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adlah gadis melayu dan
tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana
salah nya……..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
kes histeria disekolah kat BSB……
Misteri di Asrama Puteri terjawap!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan
mereka
merasuk sebilangan pelajar di sek itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera.
Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu.
Lalu ketua jin itu pun datang.
Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan
dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin
itu!!!
Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan
semangatnya
yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.
“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!”
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam”
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…
“”Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”
“Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK…”"
“”Aduhai… kekekeekeeee…”"
Bulan yang penuh berkah dan rahmat datang lagi. Sebagai umat Islam, kita semua mestilah merebut peluang ini dengan sebaik-baiknya. Lakukanlah sebanyaknya amal soleh serta mempertingkatkan dan memperbanyakkan lagi amal ibadat pada bulan yang mulia ini. Di sini dikemukakan cadangan amalan yang boleh diikuti oleh kita semua.
Di bawah ini disenaraikan satu saranan program untuk umat islam di bulan ramadhan
* Seorang yang beragama Islam memulakan harinya, dengan bersahur sebelum masuk waktu subuh. Lebih baik jika ia dapat dilewatkan beberapa ketika sebelum terbit fajar.
* Selepas itu boleh bersiap sedia untuk mengerjakan solat subuh, berwudhuk di rumah dan berjalan ke masjid sebelum azan berkumandang
* Selepas memasuki masjid, dirikanlah solat dua rakaat(tahiyatul masjid). Kemudian, duduk dan membaca doa atau membaca al-Quran atau berzikir sehingga azan dilaungkan. Cubalah menjawab azan yang dialungkan oleh muazzin dan membaca doa selepas azan. Kemudian, mendirikan solat sunat subuh dua rakaat. Selepas itu, jika masih ada masa terluang, bolehlah membaca al-Quran atau doa sehingga muazzin iqamah untuk mendirikan solat subuh berjemaah.
* Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, eloklah membaca zikir selepas solat. Kemudian, jika ingin terus duduk di masjid sehingga matahari naik, dia boleh berzikir atau membaca al-Quran kerana itulah amalan Rasulullah S.A.W selepas setiap kali solat subuh.
* Kira-kira suku jam selepas matahari naik, sunat mendirikan solat dhuha sekurang-kujrangnya dua raakat. Jika tidak, boleh melengahkan solat sehingga masa yang dipilihnya ketika hari bertambah panas atau mahatari lebih tinggi.
* Jika sesiapa terasa ingin tidur sebentar sebelum memulakakan kerja, berniatlah untuk memulihkan tenaga dalam beribadat dan mencari rezeki agar diberi pahala oleh ALLAH. Adalah dianjurkan untuk meniru cara tidur Rasulullah S.A.W.
* Setelah semua itu selesai, bolehlah pergi bekerja dan apabila masuk watktu solat zuhur, disunnatkan pergi awal ke masjid dan bersedia untuk menunaikan solat zuhur berjamaah.
* Mendirikan solat 4 rakaat(Solat sunat sebelum zuhur). Ia dilakukan dua rakaat diikuti salam, kemudian bangun dan menyambung lagi dua rakaat menjadikannya 4 rakaat beserta dua salam. Selepas mendirikan solat zuhur berjemaah, dirikanlah solat sunat selepas zuhur sebanyak 2 rakaat
* Selepas solat, sempurnakanlah segala tanggungjawab ditempat kerja sehingga tiba waktu pulang. Jika masih ada masa terluang, bolehlan tidur sebentar sebelum tiba waktu asar. Jika bimbang terlepas melakukan solat asar berjemaah, bolehlah menyibukkan diri dengan sebarang aktiviti yang sesuai sehingga tiba waktu solat. Samaada pergi ke pasar untuk mendapatkan keperluan keluarga atau terus ke masjid sehingga selesai mengerjakan solat asar.
* Selepas asar, bolehlah melakukan sebarang aktiviti yang sesuai seperti membaca al-Quran atau sebagainya. Jika seseorang itu berasa penat, bolehlah berehat bagi mengembalikan tenaga untuk persediaan solat terawih pada sebelah malam.
* Sebelum azan maghrib, bersiap sedialah untuk berbuka.Pada waktu itu, lakukanlah sesuatu yang berfaedah seperti berdoa atau berbual-bual dengan isteri dan anak-anak tentang perkara yang bermanfaat.
* Salah satu amalan baik yang boleh dilakukan ialah mengambil bahagian dalam mengagihkan makanan kepada orang yang berbuka puasa. Ini adalah satu nikmat yang tidak diketahui ramai kecuali mereka yang telah melakukannya.
* Selepas berbuka, bolehlah terus ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Dirikanlah solat sunat selepas maghrib 2 rakaat, kemudian bolehlah kembali ke rumah.
* Diharuskan makan makanan yang masih terhidang tetapi jangan terlalu banyak. Kemudian, lakukanlah sebarang aktiviti untuk mengisi masa samaada dengan membaca buku atau berbual-bual tentang perkara yang diizikan bersama anggota kerluarga. Jangan sekali-kali melakukan perkara-perkara haram pada waktu-waktu begini.
* Pada waktu ini biasanya media elektronik menghidangkan program-program menarik yang mengandungi perkara-perkara yang tidak bermoral. Berusahalah untuk mengalih pandangan keluarga terutamanya anak-anak daripada perkara-perkara yang sia-sia.
* Bersiap sedia untuk menunaikan solat Isyak. Seelok-eloknya pergilah ke masjid sebelum masuk waktu dan membaca al-Quran atau mendengar sebarang sebarang syarahan jika ada.
* Selesai mengejarkan solat isyak, diikuti dengan solat sunat selepasnya, mulakanlah solat terawih bersama imam dengan penuh kusyuk serta menghayati ayat yang dibaca. Jangan berhenti selagi imam tidak berhenti. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
o Sesungguhnya sesiapa yang berdiri(dan solat) bersama imam sehingga selesai, dicatatkan baginya seperti mengerjakan solat sepanjang malam. (Diriwayatkan oleh Abu Daud: 1370 dan lain-lain)
* Selepas solat terawih, bolehlah merangka apa-apa program yang sesuai dengan masa dan keadaan serta keperluan peribadi seseorang. Walaubagaimanapun, beri penekanan perkara-perkara berikut:
1. Hindari perubuatan haram dan menutup semua pintu ke arah itu.
2. Pastikan keluarga tidak melakukan perkara haram dan menasihati mereka dengan berhikmah. Contohnya, menyediakan program khusus untuk mereka, membawa mereka melawat tempat yang diharuskan, mengelakkan mereka daripada berkawan dengan orang yang tidak berakhlak dan mencarikan mereka kawan yang berpekerti mulia.
3. Berusahalah untuk tidur awal mengikut cara tidur Rasulullah S.A.W. Selesaikanlah pembacaan al-Quran ataupun mana-mana buku yang belum dihabiskan pada hari itu.
4. Peruntukanlah masa yang cukup untuk bersahur. Berdoa sebanyak mungkin pada waktu ini kerana sepertiga akhir malam adalah masa ALLAH turun. Dia memuji mereka yang memohon keampunan daripadaNya. Dia juga berjanji akan mengabulkan doa dan menerima taubat hamba yang bertaubat kepadanya. Jadi, janganlah melepaskan peluang ini.
5. Pada hari jumaat di bulan ramadhan. Jumaat adalah hari terbaik di dalam seminggu. Jadi, kita hendaklah mempunyai jadual khas untuk beribadat pada hari ini. Cuba lakukan perkara berikut:
* Datang awal ke masjid untuk mendirikan solat jumaat.
* Berusahalah untuk berada di masjid selepas solat asar dan mengisinya dengan membaca al-Quran dan berdoa sehingga waktu-waktu terakhir hari itu. Pada masa inilah doa dimakbulkan.
* Ambillah peluang pada hari ini untuk melengkapkan segala amalan yang tidak sempat disempurnakan sepanjang minggu.
6. 10 hari terakhir ramadhan. 10 hari terakhir meliputi malam al-Qadar yang merupakan malam terbaik daripada seribu bulan.Maka, disunatkan beriktikaf di dalam masjid pada masa ini sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Melakukan iktikaf pada waktu ini merupakan satu rahmat besar daripada ALLAH. Sesiapa yang tidak mampu melakukannya sepanjang 10 hari, cubalah dapatkan sebanyak yang termampu. Hidupkanlah malam ini dengan mendirikan solat, membaca al-Quran, berzikir dan berdoa. Sebaiknya berehat pada siang hari agar mudah berjaga pada sebelah malam.
7. Program ini hanyalah satu cadangan. Ia boleh diubah dan setiap orang boleh menyesuaikannya mengikut keadaan. Apa yang disenaraikan di sini lebih menumpukan kepada amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Ini tidak bererti setiap yang disebut di sini mesti dibuat dan diwajibkan. Ia hanya meliputi banyak perkara yang berbentuk sunnah dan amat digalakkan. Sebaik-baik amalan disisi ALLAH ialah yang berterusan sungguhpun sedikit. Pada awal bulan ramadhan lazimnya seseorang sangat cenderung melakukan amal ibadat, kemudian keghairahan menurun sedikit demi sedikit. Berjaga-jagalah dari keadaan itu dan bertekadlah untuk sentiasa beristiqamah pada bulan yang berkat ini. Umat Islam hendaklah berusaha untuk mengatur masanya dalam bulan ini agar tidak terelpas peluang untuk melakukan amalan soleh. Berusaha untuk membeli segala keperluan keluarga sebelum masuk bulan ini. Pilihlah waktu yang sesuai untuk melawat kawan dan saudara mara agar amal ibadat pada bulan ini tidak tergangu.
8. Beribadatlah sebanyak mungkin dan dekatkanlah diri kepada ALLAH.
9. Bertekadlah dari awal bulan untuk pergi ke masjid di awal waktu agar dapat mengerjakan solat berjemaah dan memperbanyakkan qiamullai serta bersedekah.
10. Ambillah sebaik peluang dalam bulan ramadhan untuk mengukuhkan hubungan dengan al-Quran melalui kaedah berikut:
*
o Membetulkan bacaan. Cara yang betul untuk memenuhi tuntuan ini ialah dengan mendapatkan seseorang yang pakar dalam membaca al-Quran atau mendengar kaset qari-qari yang terkenal.
o Mengulangi setiap ayat yang dihafal untuk meningkatkan daya ingatan.
o Membaca buku-buku tafsir, seperti Tafsir al-Baghawi, Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir al-Sa’di. Mulakan dengan juzuk ke-30 diikuti dengan juzuk ke-29 dan seterusnya.
o Bertekad untuk menyempurnakan segala tuntutan ALLAH sebagaimana yang terdapat dalam ayat yang dibaca.
Semoga ALLAH melengkapkan kepada kita keberkatan ramadhan dan membantu kita untuk mengerjakan ibadat puasa dan qiamullai sepenjang bulan. Juga menerima segala amalank kiita serta mengampunkan dosa yang kita lakukan.
Disunting dan dinukilkan dari buku Soal Jawab Puasa Berdasarkan Majlis Fatwa Tetap Arab Saudi(Jilid 1). Terbitan Karya Bestari, Cetakan Pertama 2005 (m/s : 56-63)
"Tell them Daddy's not home!!"
The different forms of lying --by Asma bint Shameem
"So you see," said Hamza's father as he finished reading the storybook, "A Muslim never lies and always tells the truth. That's what Islam teaches us."
Just then, the telephone bell rang sharply in the house. As little Hamza ran to answer it, his father called out, "If it is for me, tell them Daddy is not home!!" Subhaan Allah!
This is just one the scenarios in our everyday lives. We claim to be Muslims and unhesitatingly say that we are proud to follow it, but when it comes to putting our words into actions, unfortunately, we are far from it. We teach our children one thing but we do another. We preach piety but we ourselves don't practice it.
We lie in our everyday lives and in our dealings with everyone yet we are totally unaware of it.
There are many of us who, pray and fast, and are the first to criticize others. But our practical lives are full of all forms of lying, fraud and dishonesty. And we see examples of such lying left and right, day in and day out.
And lying doesn't just mean out rightly telling untruths to someone on their face. Lying includes all kinds of 'little white lies', deceit, deceptions and forgery.
So, telling your kid to say "Daddy's not home' when, in fact, you are right there is absolutely a from of lying.
* And not fulfilling your promises on purpose, when you had the power to do so, is a form of lying.
* And cheating in the exams is a form of lying.
* Your 'friend' marking you present, although you were absent, is another form of lying.
* Faking a 'doctor's note' when in reality, you were not sick, you just overslept or were too lazy to go to work or school is also lying.
* Telling the cop that your wife is having surgery or your kid is sick, (or whatever else excuses one can think of) when he pulls you over for speeding is also lying.
* Dishonesty in your business dealings as well as in your interaction with others is lying.
* Giving false witness is one of the gravest forms of lying.
* Making a false claim that your injury happened at work, although it didn't, so that you could get compensation is lying.
* Pretending to be of low income and applying for government aid, although you are not in need of it, is another form of lying and deception.
* Forging or altering university certificates to get a job or visa, is just plain and simple, lying and fraud.
* Altering a bill to 'save' some money or for insurance purposes or some other kind of personal gain is also trickery and deceit.
And the list goes on and on.......
We forget that Ibaadah doesn't mean just praying and fasting. TRUE Ibaadah includes our 'Mu'amalaat' , how we deal with others, Muslims as well as non-Muslims, our manners and our behavior.
We forget that lying is on of the MAJOR SINS.
The Prophet (Sal Allahu Alaiyhi wa Sallam) said: "Shall I not tell you of the greatest of major sins?"
They said: Yes, O Messenger of Allah. He said: "Association of others with Allah, disobedience towards one's parents" – and he was reclining, but he SAT UP and said: "And false speech and false witness."
And we forget that lying is one of the signs of the hypocrites.
The Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said: "The signs of the hypocrite are three: when he speaks, he lies, when he makes a promise he breaks it, and when he is entrusted with something he breaks that trust." (al-Bukhaari, Muslim)
We also forget that any apparent 'gain' that we get from all these forms of lying is not actually any gain at all.
Actually, any money that we earn or save is all haraam because we didn't earn it lawfully. And it is one of the reasons why dua is rejected by Allah Subhaanahu wa Ta'ala.
Remember the Hadeeth of the Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam): "Then he mentioned a man who had been traveling for a long time and was dishevelled and dusty; he stretches out his hands towards the heavens and says, 'O Lord, O Lord', but his food is haraam, his drink is haraam, his clothing is haraam. He is nourished by haraam, so how can his du'aa' be accepted?" (Muslim)
And one of the biggest harms of lying is that it is the key to the door of Hellfire.
The Prophet (Sal Allaahu Alaiyhi wa Sallam) said: "Beware of telling lies, for lying leads to immorality and immorality leads to Hellfire. A man will keep telling lies and striving to tell lies until he is recorded with Allah as a liar." (Muslim)
Thus we as Muslims, must learn to recognize the different forms of lying as we come across them. We must realize what being truthful really means. It means speaking the truth and saying and doing things that reflect reality.We have to remember the gravity of sin involved in lying and strive to the best of our ability to tell the truth under all circumstances, no matter what the outcome.
If you fear Allah, He will find ways out of all difficulties for you and provide for you from means you never even imagined.
"And whosoever fears Allah and keeps his duty to Him, He will make a way for him to get out (from every difficulty). And He will provide him from (sources) he never could imagine. And whosoever puts his trust in Allah, then He will suffice him. Verily, Allah will accomplish his purpose. Indeed Allah has set a measure for all things." (Surah Talaaq:2-3)
Isn't the above ayah enough reminder for us??!!
"O you who believe! Be afraid of Allah, and be with those who are TRUE (in word and deeds)." [al-Tawbah:119]
'Leave that which makes you doubt for that which does not make you doubt, for truthfulness is certainty and tranquillity, whilst lying is doubt and confusion." (Saheeh- al-Tirmidhi, al-Nisaa'i, and Ahmad)
Not a word does he (or she) utter, but there is a watcher by him ready (to record it)." [Qaaf, v:18]
Taken from IslamTrue Group