Bye Bye

Saya Dah nak Berangkat ke Kuala Lumpur dah ..doakan semoga selamat sampai ....apa pon , Saya akan kurang untuk mengupdatekan Blog ini ..Biasalah ...tiada Internet ...payah skit nak cari ...Tp apa pon nanti saya akan updatekan yang terbaru k ..

> Baru nak kemas barang aaa. letih nya ..tadi g bli brg .. habis beratus jgak la ...skarang nak kemas kan bwk masuk lam beg plak
> Biasalah Beg Nek Flight ..hehehe
> Nak g bli nasi ayam jap g ...Lama x bli ..
> Sedap oo nasi dia ...dgn kuah merah 2 ..menjilat jari ...

> Pas2 nak g RFC jap ..radix fried chicken ...
> Ha , sapa yg x pernah makan lagi 2 boleh la cuba ..


> HPA punya syarikat ...sedap ooo mcm KFC .. lebih baik ke RFC la ..makan yg kita tahu dah diakui Halal Bagi kita ..ekekekeke

> Nanti nak g konvek HPA plak dkt serdang...
> Dgr kata satu dunia turun ....boleh thn la

> Hari 2 dia buat dkt PICC (Putrajaya international convention center)....
Memang best la ...Apa pon cuba la nanti...Makanan dari HPA iaitu
> RADIX FRIED CHICKEN
>RADIX ORIENTAL CUISINE
>RADIX CHICKEN HOUSE
>RADIX FRIED RICE
>RADIX ORGANIC RICE

Segalanya adalah Radix dan satu lagi COLA RADIX ........

Kalau nak tau dgn lebih lanjut ..Masuklah Laman web Dia Ek .....(KLIK DISINI)

2 Ribu!!

Alhamdulillah ..Duit dah dapat dah ..Sekolah baru ja masukkan dalam akaun ..Selama5 bulan saya menunggu untuk duit itu ....

> Sudah lama kan ???
> Biasalah dah nama LO , lambt skit la ..
> tp apa pon trimas untuk semua yg byk membantu mempercepatkan pembayaran ini termasuklah kerani sekolah dan guru ku ...
>Duit nih ingin ku simpan dah buat belanja apabila berada di kuala lumpur selama sebulan ??
> cukup x ?? xxxxx, setengah bulan rasanyaa....
> Biasalah ...Kos hidup disana amat tnggi sehinggakan 50 rggt 2 cm 5 rggit ja

>>>> sEkejap ja habis kannnnn

>>>Selamat tggal motor tersyg ..xpa ,kejap ja tggal ..nanti ambik la balik ..

> Eh , lupa plak ..mlm nih mlam rabu ..ada cita besh ... kat tv 2 .pkl 10 mlm .. MEGA MOVIE ... slalu citer best ..ada yg kelakar , horror , komedi huhuhu

>>>><<<>Smalam wat slide powerpoint untuk cikgu sekolah ...byk tau ...74 slide ...


>>>>>>>>>>>>> letih ooo ..kena buh animasi byk skit ..baru nampak gempak kan ??

>>>>>Alangkah senangnya dapat duit ekkk. kalau senang , x yah keje ..bulan2 ja check je bank...huhuh nak bli apa pon senang .. x yah demand ... nih waduh22 nak kena tgk bank ..manalah tau ..tgk2 tggal 20 rggit ja ...hahaha

>>>. bank islam lagi best , ari 2 check tggal 50 sen ja ....
memang gengster ... nasib dia x dlete ja akaun 2 ..kalau xabis la ...


Laman Blog ini Sudah dinaiktrafkan kepada yg lebih cantik skit ..kalau dah cantik barula org ska .... nih x ... mcm nak buat portal ja ..mana besh...

>>> Haaa.sapa yg tau Apakah Hpa atau lebih dikenali sebagai Herba penawar Al - Wahida ??

bAGUS tau brg2 dia sebagai ubat untuk bagi sihat ...kalau nak tahu dgn lebih lanjut ..layari laman web ini k kryhpa.....byk jgak cawangan dah dibuka ..yg terbaru adalah hotel

el zahraa inn ....nak tgk x ??






Inilah dia ...hotelnya ..akan dibuka pada bulan hadapan.....

Mencari Kerja!!!

> Sesiapa yang sedang mencari kerja pada waktu sekarang nih ... biasalah zaman kegawatan ekonomi disertakan dengan masalah kesihatan termasuk la wabak yang baru ini ..apa org kata "H1N1".....Kena la menjaga dengan baik kesihatan...
> 3buah sekolah telah ditutup akibat daripada masalah wabak ini .. oLeh itu Saya minta kepada semua yang membaca blog ini , menjaga kesihatan serta diri anda ....

Untuk Sesiapa yg ingin meminta kerja ..saya sediakan laman web ini .. Mungkin amat bermakna bagi anda ...akedniaga..Semoga Anda Berjaya Didalam Temuduga Nanti ....

JUN 2009 !!!

Hi Semua ....Assalamualaikum ... huhuh dah lama sebenar saya tidak mengepostkan sesuatu yang baru di blog ini ....

> Biasa la ..sibuk sedikit dengan perkara yang ada kalanya bermakna dan ada kalanya tidak bermakna .....
> eH LUpa dah Skrang ...masa semakin hampir dengan Bulan Nak posa ...Haha ...Nampaknya tHN nIH posa umah kak la jwb nya.... Kalau ada cuti baru la leh posa umah mak.....
> Bulan ini adalah bulaan yang paling mengembirakan disertakan dengan perasaan yang sgt mengasyikkan ...
> Eh lupa Plak ... Ingin ucapkan berbanyak trimas kepada semua kwn2 yang banyk membantu ....huhuhu
> Kalau diikutkan memang byk cerita sudah berlaku pada bulan ini ....
> Dapat poli , Dapat keje ... alhamdulillah rezeki pada tahun ini amat murah ..Syukur kepada illahi ...
>Nak diceritakan la kat sini ...Semalam , saya pergilah ke satu supermarket yang agak terkenal la dekat sungai petani nih ...
> Takn x tahu kot supermarket apa ?? xpa22 carila kalau yg x tau 2
> Tgh dok sronok cari baju ..yala maklumla nak keje dah skrang nih ... cari la baju kemeja yang agak cantik dan agak murah skit ....
> Adalah sorang Bangla nih ...Tgh duk layan pakaian @3434$%# wanita... dah la lelaki ... boleh duk saja ja buat tatau ...
> duk pegang2 ..waduh2 nih byk rumit dah nih ..pas2 dtglah promoter 2 dkt dia
"Yea Nak bli apa ??
Tadak ..Saja mau tgk ...
>promoter 2 pon tnya .. Nak bli untuk gf ka ???
" Saya tak ada Itu perempuan
Byk Susah .......
> Lalu Bangla itu dgn serelaxnya jalan wat tatau ja ...
Gelak pompuan 2 ....
Zaman sekarng nih memang pelik2 ... huhuh
Hari khamis nih dah nak berangkat ke Kuala Lumpur ...Masa amat cpt sgt berjalan kan skrang .... xpa Itu yang bgs nya ....supaya tidak ada masa untuk selalunya leka .....huhuh

Amalan Berhutang

Amalan berhutang di zaman ini sudah menjadi persoalan biasa di kalangan masyarakat Islam. Sama ada ia atas nama pembiayaan peribadi, pelajaran, kereta, pemilikan kad kredit dan pelbagai skim ditawarkan syarikat perbankan, rata-rata ia memberi maksud hutang. Namun harus disedari hutang dapat membawa kesan yang buruk bukan sahaja di dunia malah lebih besar lagi di akhirat kelak.

Secara dasarnya Islam membolehkan kepada seseorang untuk berhutang atas faktor yang memaksa seperti masalah kesempitan hidup. Namun begitu, perlu diperjelaskan di sini bahawa bebanan bakal diterima si penghutang adalah berat, terutama jika hutang tidak dibayar. Lebih berat jika dia meninggal dunia dalam keadaan hutang tidak dilangsaikan.

Rasulullah ada memberi kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya.

Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.

USAHA MEMBAYAR HUTANG

Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman.” (Riwayat Bukhari - 41/585)

Firman-Nya yang bermaksud :

“Dan bertolong-tolonglah kamu atas tujuan kebaikan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Surah al-Maidah ayat 2)

Ia diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah bermaksud:

“Barang siapa melapangkan dari orang mukmin kedukaan dunia, nescaya Allah akan melapangkan dia dari satu kedukaan pada hari kiamat, dan barang siapa memudahkan atas orang yang susah, nescaya Allah akan memudahkan atasnya dalam urusan dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim - 032/6250)

Ketika menjelaskan hadis ini, Imam al-Nawawi dalam kitabnya Hadis 40 menyebut secara jelas satu contoh menarik iaitu mengenai adab berhutang. Beliau menyebut kemudahan kepada orang yang susah atau yang sempit jika dalam urusan hutang ialah memberi tempoh sewajarnya untuk pembayaran hutang selepas orang yang berhutang itu tidak berkemampuan membayarnya, malah lebih mulia lagi jika hutang itu digugurkan atau diberi beberapa kemudahan lain untuk menjelaskan hutang itu

.:SEHELAI BULU MATA

Diceritakan pada Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."

8 petanda dia adalah soulmate(Jodoh)

"Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu?

Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?


Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!


Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!


Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...


Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.


Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...


Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..


Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!


Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?